
Pengajian
{AbstrakAspek keagamaan banyak merupakan aspek yang sangat sinonim dalam kehidupan manusia. Dalam kesihatan mental, agama juga memainkan peranan dalam memelihara kesejahteraan mental terutama dalam kalangan remaja. Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dan spesifikasi model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja di Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes sebagai metodologi kajian dengan empat orang ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang mengalami gejala gangguan mental. Pengumpulan data adalah melalui temu bual separa berstruktur dan teknik persampelan bertujuan melibatkan ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami gangguan mental yang menetapdi negeri Selangor. Dapatan temu bual dengan ibu bapa telah dikategorikan dan dianalisis untuk mengenal pasti tema data. Analisis data mendapati terdapat keperluan terhadap model Islamik daya tindak bagi memberi gambaran kepada ibu bapa terhadap isu gangguan mental. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa memerlukan garis panduan yang membolehkan mereka berdaya tindak terhadap isu kesihatan mental. Justeru itu, model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja berpotensi untuk berkembang dan ditambah baik. Selain daripada tiga tema utama yang dikenal pasti, cadangan dan spesifikasi yang diperolehi daripada temu bual dengan ibu bapa memberi maklumat berguna untuk membangunkan kandungan model. Dapatan ini dapatmembantu dalam menghasilkan model yang mampu membantu mengurangkan masalah gangguan mental remaja dan memberi panduan kepada ibu bapa dalam berdaya tindak berlandaskan pendekatan secara Islam.Kata kunciModel islamik, daya tindak keluarga, kesihatan mental, remaja.}